Pilih parti yang mampu bawa kestabilan – Ismail Sabri

0
7
ISMAIL SABRI

BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap para pengundi dapat membuat pilihan bijak dan memilih parti yang mampu membawa kestabilan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau berkata, pengundi perlu berbuat demikian demi kestabilan dan kemakmuran negara pada masa akan datang.

“Pilih parti yang mampu bawa kestabilan ekonomi negara, selain itu turut memfokuskan kepada sektor pendidikan. Bagaimana kerajaan baharu nanti boleh membantu para pelajar dan sebagainya.

“Begitu juga dengan dasar pendidikan, yang mungkin akan diubah, dipinda atau sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama penduduk Bandar 32, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, rakyat perlu memilih kerajaan yang mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam menjaga kepentingan rakyat demi kemakmuran masa depan generasi akan datang.

“Kita kena pilih parti berdasarkan rekod pencapaian, parti yang berjaya dalam menjaga kepentingan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan B40,” ujarnya.

Ditanya keyakinan Barisan Nasional (BN) menang PRU15, Ismail Sabri berkata, parti itu yakin mampu mentadbir negara bermula Ahad ini.

“Walaupun kita tak keluarkan Kabinet bayangan tetapi kita (BN) yakin dan mampu untuk menang, sekali gus mentadbir negara mulai dari 20 hari bulan (20 November) nanti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here