PM beri komitmen selesaikan perkara MA63 yang tertunggak

0
9
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

SANDAKAN – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan komitmen untuk menyelesaikan segala perkara yang tertunggak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) secara berperingkat.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas MA63 berkata, usaha itu bagi memastikan setiap perjanjian termaktub dalam MA63 dapat dilunaskan demi perubahan besar, termasuk di Sabah.

Beliau berkata, banyak perkara telah dicapai menerusi jawatankuasa khas MA63, termasuk dalam aspek bayaran tunai petroleum daripada Petronas dan cukai jualan ke atas produk petroleum kepada negeri ini yang bernilai hampir RM5 bilion.

“Saya merupakan Pengerusi (Jawatankuasa Khas) MA63 yang bermesyuarat setiap bulan dengan Sabah diwakili Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor).

“Saya dah beri komitmen bahawa segala tunggakan yang belum selesai melalui MA63, kita akan selesaikan sedikit demi sedikit.

“Ini komitmen Kerajaan Persekutuan dan saya percaya dengan apa yang kita beri melalui MA63 yang kita laksanakan, Insya-Allah perubahan besar akan berlaku di Sabah,” katanya memetik laporan Sinar Harian hari ini.

Terdahulu beliau berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Libaran di Program Perumahan Rakyat (PPR) Gum Gum di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here