PM pengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

0
21

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 di sini.

Mesyuarat yang berlangsung di Putra Perdana itu turut dihadiri pegawai dari jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Mesyuarat yang turut dihadiri pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bermula pukul 11 pagi.

Satu sidang akhbar dijangka diadakan selepas mesyuarat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here