PM zahir kebanggaan terhadap penjawat awam

0
36

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh penjawat awam dalam membantu beliau menguruskan hal ehwal rakyat.

Beliau berkata, komitmen mereka terhadap perkhidmatan jelas dizahirkan menerusi kesanggupan menghadiri mesyuarat walaupun dengan notis singkat.

“Satu permulaan membanggakan saya kerana semua kementerian, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha (KSU) dan Gabenor Bank Negara hadir walaupun ini adalah hari minggu.

“Saya zahirkan kebanggaan saya sikap penjawat awam yang sering kali tidak dihargai masyarakat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan rakyat.

Antara pegawai tinggi kerajaan yang hadir pada mesyuarat bermula 11 pagi tadi ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus; pegawai-pegawai daripada Jabatan Perangkaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here