PN umum bentuk kerajaan gabungan bersama GPS

0
87
Sidang media pucuk pimpinan parti GPS diketuai oleh Abang Johari Abang Openg di Kuching hari ini. Foto : Borneo Post

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti itu akan bergabung dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk kerajaan Persekutuan selepas PRU-15.

Dalam kenyataan parti itu hari ini, Muhyiddin turut mengumumkan sokongan Ahli Dewan Rakyat GRS untuk memberi kepercayaan kepada beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Saya sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkan saya dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media GRS yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abang Johari Abang Openg, Pengerusi parti itu berkata, persetujuan membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN, Barisan Nasional (BN), GPS dan GRS itu dibuat demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang stabil dan kukuh.

“Semua sudah ketahui bahawa negara dan dunia akan berdepan dengan krisis ekonomi pada tahun depan.

“Demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan terpelihara, maka kerajaan yang kuat dan stabil perlu dibentuk.

“Jadi kita bersetuju membentuk gabungan PN+BN+GPS+GRS bagi membentuk kerajaan persekutuan,” katanya.

Ditanya pertimbangan gabungan dengan parti Pakatan Harapan, Abang Johari berkata, keputusan parti telah muktamad selepas mengambil kira kepentingan rakyat.

“Kita sudah pilihan raya dan rakyat dah beri mandat, sekarang kita tubuhkan kerajaan berdasarkan keputusan itu,” katanya.

Mengenai kemungkinan dipilih menjadi calon Timbalan Perdana Menteri hasil daripada penggabungan itu, beliau mengulangi pendirian kepentingan rakyat dan menganggap perkara itu tidak menjadi keutamaannya.

SEPANG – KETUA Wanita Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Mohd Harun tetap berbangga atas sokongan masyarakat di kawasan Parlimen itu walaupun tidak memenangi kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke 15 yang berlangsung semalam.

Ketua Srikandi Bersatu dan juga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berpendapat bahawa kalan dan menang sebagai adat bertanding.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here