PN bertanding di 169 kerusi Parlimen, 116 DUN

0
26
Majlis Pengumuman Calon PN Sempena PRU15 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan 169 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Perkara itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pengumuman Calon PN Sempena PRU15 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), malam ini.

Muhyiddin berkata, bagi kerusi Parlimen, Bersatu akan bertanding di 74 kerusi, Pas (64), Gerakan (20) dan kumpulan bersekutu (11)

Bagi kerusi DUN pula, Bersatu akan bertanding di 41 kerusi, Pas (57), Gerakan (14) dan bersekutu (4)

Muhyiddin berkata, pengumuman itu tidak termasuk senarai calon PRU-15 bagi negeri Kelantan dan Terengganu akan akan diumumkan pada tarikh lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here