PN Best berpandukan ‘Prihatin, Bersih, Stabil’

0
32
Muhyiddin beramah mesra dengan para pengundi kerusi Parlimen Pagoh di Bukit Treh, malam tadi. – Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

PAGOH – Manifesto Perikatan Nasional (PN) yang bakal dilancarkan pada Ahad malam meletakkan nilai ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’ sebagai panduan asas.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto yang akan dilancarkan di Glenmarie Hotel and Golf Resort itu nanti diringkaskan sebagai ‘PN Best’.

Kita akan gariskan beberapa perkara tunjang, dan mengandungi kira-kira 200 aktiviti yang kita akan senaraikan,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi bertemu pengundi di Bukit Treh, di sini malam tadi.

Jelas beliau, turut diadakan nanti satu sesi libat urus melibatkan banyak kumpulan masyarakat supaya mereka lebih tahu dan dapat berinteraksi dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here