PN komited perangi rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa

0
8
Pemimpin-pemimpina Perikatan Nasional (PN).

CYBERJAYA – Perikatan Nasional (PN) amat komited dalam memerangi rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjuangan beliau melawan rasuah boleh dibuktikan menerusi sejarah.

“Saya (pernah) dibuang daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana saya berjuang melawan golongan yang menyalahgunakan kuasa demi poket sendiri.

“Menjadi impian saya melihat Malaysia dikemudi oleh barisan kepimpinan yang bebas daripada jenayah rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Berikutan itu, jelas Muhyiddin, semua calon PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu mematuhi Aku Janji Integriti Calon PN.

“Insya-Allah kami di PN komited untuk menawarkan kerajaan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” jelas Muhyiddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here