PN sudah ada cukup sokongan bentuk kerajaan – Abdul Hadi Awang

0
25
Suasana pekarangan pintu utama Istana Negara tengah hari di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan media bahawa pihaknya sudah mempunyai lebih dari sokongan ahli Parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan Pusat.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian di luar kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Bukit Damansara, di sini hari ini.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, pihaknya hanya menunggu untuk dijemput atau diundang ke Istana Negara pada bila-bila masa sahaja.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengeluarkan kenyataan pihaknya sudah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) daripada ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong.

Hamzah berkata, jumlah SD yang dihantar adalah melebihi 112 iaitu jumlah kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here