PN tolak sertai Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar

0
132
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Perikatan Nasional (PN) menolak untuk menyertai Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen.

“PN mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, atas tawaran supaya PN menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan beliau.

“Namun, atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, PN berpendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

Bagaimanapun katanya, demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, PN bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here