PN yakin dapat pertahankan kerusi Gombak

0
7
Calon Perikatan Nasional (PN) Kerusi Gombak, Datuk Seri Azmin Ali.

CYBERJAYA – Perikatan Nasional yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Yang di-Pertua Pas Gombak, Salehuddin Nasir berkata, keyakinan itu berdasarkan pemerhatiannya terhadap siri ceramah pihak lawan di kawasan tersebut beberapa hari ini.

SALEHUDDIN

“Kelmarin, Anwar Ibrahim (Presiden Pakatan Harapan) datang ke kawasan AU2 bagi berceramah. Semalam, PH buat satu lagi ceramah besar di sini, dan menjemput (Timbalan Presiden PH) Rafizi Ramli.

“Saya dimaklumkan, malam ini mereka adakan juga satu lagi ceramah besar di kawasan Batu Caves, dan difahamkan Anwar sekali lagi akan datang,” kata Salehuddin dalam ceramahnya, sebentar tadi.

Jelasnya, sebagai orang politik, menjadi kebiasaan bagi sesebuah parti akan menyusun jadual presidennya bagi melawat setiap negeri membantu jentera berkempen.

“Namun, satu tanda jarang berlaku dan hakikatnya tidak mungkin berlaku, apabila seorg presiden pimpinan parti dtg berceramah ke negeri itu, biasanya dia kan pulang, esok lusa seterusnya habiskan jadual ceramah di negeri lain. Dia takkan patah balik masuk.

“(Tapi) Anwar masuk kawsan ini dua kali, ini tandanya pusat mereka dapat maklumat bahawa sokongan terhadap PN semakin meningkat, jadi dia terpaksa hadir (berkempen) bagi menarik semula sokongan terhadap mereka,” kata Salehuddin sambil diiringi tepukan dan laungan takbir oleh penonton yang hadir.

Kerusi Parlimen Gombak menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Ketua Perhubungan PN, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mewakili PH; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; calon Pejuang, Datuk Dr. Aziz Jamaludin; dan calon Bebas, Zulkifli Ahmad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here