Polis kuatkuasa SJR secara 24 jam di seluruh negara

0
35
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bermula semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara bagi mencegah jenayah melalui peningkatan tahap ‘omnipresence’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, sekatan tersebut akan dibuat di lokasi strategik di setiap daerah dan penugasan secara 24 jam.

“Langkah mendirikan SJR ini adalah usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

“Namun begitu, demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada sekatan dijalankan pada waktu puncak(siang hari)”katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Acryl menasihatkan orang ramai beri kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya diluar waktu puncak.

Beliau juga berkata, masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here