Portal MYFutureJobs bantu 682,681 individu dapat kerja – PM

0
3
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda GEGOR Bera di sini hari ini.

BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 28 Oktober lalu portal Portal MYFutureJobs telah berjaya membantu seramai 682,681 individu daripada pelbagai kategori mendapat pekerjaan di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, menerusi Portal Pekerjaan Negara kendalian Pertubuhan Pekerja Sosial (PERKESO) itu memudahkan rakyat Malaysia memohon pekerjaan menerusi atas talian.

“Selaras dengan transformasi digital negara, HRD Corp juga memperkenalkan aplikasi super MyHRDCORP, yang menawarkan semua perkhidmatan, maklumat dan inisiatif dalam satu platform dan kini mempunyai lebih 12,000 pengguna,” katanya ketika berucap sempena Karnival Keluarga Malaysia Anak Muda GEGOR Bera di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan statistik PERKESO, sehingga 28 Oktober lalu jumlah permohonan yang diterima adalah sebanyak 65,774 orang pekerja dengan penglibatan 8,513 majikan.

Mengulas lanjut beliau berkata, Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia yang dilaksanakan oleh Ilham Centre baru-baru ini, mendapati 82.5 peratus rakyat mahu program JaminKerja diteruskan di masa hadapan.

Selain itu, katanya, HRD Corp turut memperkenalkan HRD Corp Placement Centre (HPC), pada April tahun lalu.

Katanya, ia merupakan portal sehenti pemadanan latihan kemahiran serta kaunseling dan bimbingan kerjaya yang telah menyediakan hampir 60,000 penempatan pekerjaan.

“Selain menangani isu pengangguran dan kehilangan pekerjaan Keluarga Malaysia, karnival ini juga turut membuka peluang untuk anak muda Bera meningkatkan kemahiran dan menjana pendapatan.

“Bagi meningkatkan peluang pekerjaan khususnya bagi komuniti luar bandar, PERKESO dengan kerjasama beberapa kementerian, agensi dan institusi turut memperkenalkan Pusat Satelit MYFutureJobs. Sehingga kini, terdapat 150 Pusat Satelit di pelbagai lokasi seluruh negara dan 9 daripadanya adalah di Pahang,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here