Presiden Cuepacs mohon cuti pada 18 dan 20 November, mudahkan pengundi pulang

0
17
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berucap pada Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Cuepacs Putajaya di Preisnt 18, Putrajaya di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

PUTRAJAYA – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat mencadangkan cuti khas pada 18 dan 20 November ini.

Menurut Adnan, cuti berkenaan bagi membolehkan  rakyat Malaysia dari sektor swasta dan kerajaan yang bercuti pada hari Ahad dan Jumaat mendapat cuti selama tiga hari bagi pulang menggundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Cupecs memohon cuti khas untuk seluruh rakyat sama ada swasta atau kerajaan untuk mereka kembali mengundi di tempat masing masing pada 18 November bagi yang cuti hari Ahad dan 20 November bagi yang bercuti pada hari Jumaat jadi semua negeri dapat 3 hari Jumaat
Sabtu dan Ahad,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah Tapak Bangunan Cuepacs Putrajaya yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Presiden CUEPACS, YBhg. Dato Haji Adnan Mat (kanan) ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Cuepacs Putajaya di Preisnt 18, Putrajaya di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

Mengulas lanjut, Adnan menyifatkan, Ismail Sabri sebagai majikan yang paling hampir dengan penjawat awam selepas penjawat awam dikhabarkan dengan penghapusan skim pencen dan ditamatkan perkhidmatan sebelum ini.

“Penjawat awam yang ditamatkan perkhidmatan, bagaimana kami dimomokkan dengan penghapusan skim pencen dan sebagainya.

“Hari ini kita tahu majikan (Ismail Sabri) paling hampir dengan penjawat awam, terlebih dahulu telah lebih awal merasmikan bangunan kami dan majikan yang sama merasmikan pecah tanah bangunan Cuepacs di Putrajaya,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here