Presiden MIC: Ini isu keluarga, kami akan selesaikan

0
18
S A Vigneswaran

KUALA LUMPUR – Khabar angin yang mendakwa MIC memboikot pemilihan calon Barisan Nasional (BN) malam tadi ‘ditepis’ Presidennya, Tan Sri S A Vigneswaran hari ini selepas mempengerusikan satu mesyuarat tergempar parti itu.

Ketidakhadiran beliau dan timbalannya, Datuk Seri M Saravanan pada majlis pengumuman calon BN oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi di WTC malam tadi sekaligus menguatkan dakwaan parti itu memboikot PRU-15 kerana tidak bersetuju mengenai pencalonan.

Vigneswaran hari ini menyifatkan ‘drama’ yang berlaku sebagai isu kekeluargaan yang akan diselesaikan secara dalaman.

“Ini soal keluarga. Kami akan mengadakan mesyuarat dan menyelesaikan perkara itu,” katanya ringkas kepada pemberita di ibu pejabat MIC hari ini.

MIC sebelum ini dikatakan memohon jumlah kerusi yang lebih selepas Parti Gerakan yang merupakan salah satu komponen parti keluar daripada BN dan menyertai Perikatan Nasional.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here