Presiden MIC sahkan Zahid Hamidi hantar surat ke Istana Negara sokong Anwar sebagai PM

0
41
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran

KUALA LUMPUR – Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran mengesahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat sokongan ahli Parlimen parti kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri kepada Istana Negara.

Vigneswaran berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu mengaku menghantar surat itu selepas 10 ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Beliau mengaku menghantar surat itu selepas 10 ahli Parlimen BN menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin dan BN membuat keputusan untuk kekal berkecuali,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Terdahulu tular surat yang ditandatangani oleh Ahmad Zahid yang menyatakan sokongan 30 ahli Parlimen BN kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Unit Komunikasi BN menafikan surat yang telah tersebar itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here