PRN Johor bukan penentu kejayaan BN pada PRU15

0
12
Calon BN, Parlimen Muar, Helmy Abd Latif (tengah) bersama para pengundi Muar, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

MUAR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Muar pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15), Helmy Abd Latif enggan terlalu yakin dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang memihak kepada BN, tetapi meneruskan gerak kerja bagi meyakinkan para pengundi memilihnya.

Kata Helmy, beliau bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Hasni Mohamed bahawa senario di antara PRN dan PRU adalah berbeza.

“Laporan berita baru-baru ini ada menyebut bahawa 85 peratus masyarakat Tionghua akan keluar membuang undi (pada PRU15), sedangkan pengundi Melayu masih berbelah bahagi.

“Jadi ini adalah satu cabaran yang perlu saya hadapi, dalam meyakinkan pengundi mengenai kelebihan memilih anak tempatan sebagai wakil rakyat, yang sentiasa ada dengan mereka ketika diperlukan,” kata Helmy.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepsa sesi bertemu pengundi di Taman Bunga Raya, hari ini.

Untuk rekod, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN yang dipertandingkan pada PRN lepas, BN berjaya menguasai 40 kerusi, diikuti Pakatan Harapan bersama Muda (13), dan Perikatan Nasional (3).

“Saya yakin para pengundi kini lebih bijak memilih kerana mereka tahu semua parti pernah menjadi kerajaan.

“Dari situ, mereka boleh menilai sendiri parti mana yang mempunyai keupayaan mentadbir negara, dan mampu memberi kestabilan,” katanya Helmy lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here