Program Santai E-Sports bersama Perdana Menteri beri ruang belia pamer bakat 

0
7
Salah seorang ahli kumpulan Haq, (pasukan e-sports tempatan) Luqman Azanul Azhar

BERA – “Terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menganjurkan program santai e-sports,”kata Luqman Azanul Azhar ketika ditemui dalam Program Santai E-Sports bersama Ismail Sabri di sini, hari ini. 

Dia yang juga salah seorang ahli kumpulan Haq, pasukan e-sports tempatan, berkata, program yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di sini khusunya golongan belia. 

“Terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri kerana buat program e-sports dekat Bera ini dan pasukan Haq juga dijemput untuk bermain di sini dan kami rasa program ini mengujakan kerana menawarkan hadiah yang lumayaan,”katanya kepada Malakat Tribune.

Mengulas lanjut, Luqman berkata, pembangunan e-sports di Bera menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dan mendapat perhatian terutamanya dalam golongan belia. 

“Ini adalah usaha yang bagi baik bagi mengembangkan sukan e-sports di Bera ini sebab macam dekat Kuala Lumpur dah besar jadi kalau buat dekat sini itu satu langkah yang baik. 

“Di Bera sudah nampak peningkatan dan berdasarkan pengalaman sebelum ini, e-sports di sini sudah semakin dikenali dan diharapkan e-sports di Bera ini makin bertambah supaya industri sukan ini dapat dikembangkan,” ujarnya lagi. 

Tambahnya lagi, program sedemikian harus diteruskan dari masa ke masa untuk memberikan lebih banyak pendedahan kepada golongan belia terhadap e-sports 

“E-sports ini boleh dijadikan satu kerjaya, sebab mentaliti masyarakat kita sekarang masih lagi fikir orang yang main e-sports ini tidak boleh berjaya tapi hakikatnya kalau betul-betul buat mesti boleh berjaya,” katanya. 

Ditanya mengenai perkembangan pasukan Haq, Luqman berkata, pasukannya sedang mempersiapkan diri untuk menyertai  Kejohanan Dunia yang bakal berlansung di Jakarta. 

“Alhamdulillah selepas sudah menjadi juara Grand Final Liga Professional Mobile Legends (MPL) MY musim ke-10 kami punya penyokong makin bertambah dan kami sedang bersiap sedia untuk Kejohanan Dunia di Jakarta,”ujarnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here