Proses Undi Awal: 94.72 peratus pengundi awal tunaikan tanggungjawab

0
14
Penolong Pesuruhjaya (ACP) A. Asmadi Abdul Aziz (dua kanan) bersama anggota Polis menunjukkan jari yang berdakwat selepas membuang undi pada hari pengundian awal sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika tinjauan lensa Malakat Tribune di Ibu pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

CYBERJAYA – Sebanyak 212,961 pengundi awal keluar menunaikan tanggungjawab mereka membuang undi, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan berkata, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan 94.72 peratus daripada 224,828 pengundi yang layak mengundi awal pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia), ATM (Angkatan Tentera Malaysia), KKM (Kementerian Kesihatan), MKN (Majlis Keselamatan Negara), PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), Japen (Jabatan Penerangan), pihak media dan semua pihak yang terlibat secara langusungdan tidak langsung,” kata kenyataan itu lagi.

Proses pengundian awal pada hari ini melibatkan anggota PDRM, ATM serta pasangan mereka di 578 Pusat Mengundi Awal di seluruh negara.

Untuk rekod, kertas undi awal tidak dikira pada hari pengundian awal dan kesemua peti undi disimpan di lokap-lokap balai polis untuk jagaan selamat.

Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dikira mulai pukul 4 petang pada 19 Nov, di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR serta disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here