PRU15: Abang calon PN, adik calon BN di Perak

0
573

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan pendakwah terkenal, Datuk Mohd Najmuddin Elias al- hafiz sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

Mohd Najmuddin yang bertanding atas tiket Bersatu merupakan abang kepada pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias.

Terdahulu Barisan Nasional (BN) mengumumkan Mohd Kazim bertanding di Parlimen Larut.

Mohamad Kazim Bin Elias di Calonkan bagi Parlimen Larut pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum (PRU15).Malakat Tribune

Untuk rekod DUN Batu Kurau terletak di bawah Parlimen Larut.

Pada PRU lalu, DUN tersebut dimenangi oleh calon BN, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria.

Bagi Parlimen Larut pula, kerusi itu disandang oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang menang atas tiket BN pada PRU lalu.

Pada PRU kali ini Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu dan PN akan mempertahankan kerusi itu di bawah bendera PN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here