PRU15: Beberapa jalan di Putrajaya ditutup sempena Hari Penamaan Calon esok

0
8
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Beberapa jalan utama di sini akan ditutup bagi melancarkan proses Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, penutupan jalan itu akan dibuat secara berperingkat.

“Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Putrajaya akan bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 9 di sini.

“Penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat mulai jam 8 pagi hingga proses Penamaan Calon selesai.

“Jalan-jalan yang akan ditutup sepanjang proses Penamaan Calon adalah ialah Jalan Presint 9C bermula lampu isyarat Petronas 9D sehingga lampu isyarat Jalan P9C/1 (Fasa 8), Jalan Presint P9A bermula dari Petronas P9A hingga Jalan Presint P9C dan Jalan Presint 9F bermula SKPP9(1) / Klinik Kesihatan P9 hingga Jalan Presint P9C,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu beliau menasihatkan pengguna jalan raya yang terjejas terutamanya penghuni Fasa 10 dan Fasa 11 Presint 9 menggunakan laluan alternatif ke destinasi masing-masing dan dinasihatkan supaya patuh dan akur kepada arahan polis yang bertugas.

Sementara itu, katanya, seramai 269 orang Pegawai Kanan dan Anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya akan diatur gerak semasa hari Penamaan Calon.

Selain itu, beliau juga menasihatkan semua calon yang akan bertanding serta penyokong parti mematuhi segala undang-undang serta akur akan peraturan dan tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh mengganggu-gugat
kelancaran proses pada hari Penamaan Calon.

“Para calon dan wakil calon dikehendaki mengawal emosi para penyokong untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap peyokong parti lain.

“Para calon dan wakil juga sama sekali tidak dibenarkan mengadakan sebarang perarakkan atau konvoi kenderaan untuk mempamerkan kehebatan parti,” katanya.

Katanya lagi, penyokong yang mengiring calon juga dilarang sama sekali menunggu atau berada di dalam zon 50 meter dari sempadan Pusat Penamaan Calon yang ditetapkan.

Pada masa sama, penggunaan alat pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk penggunaan suara dari kenderaan juga adalah tidak dibenarkan sama sekali semasa berada di Pusat Penamaan Calon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here