PRU15: PM timbang cadangan bentuk kerajaan campuran sekiranya tiada parti dapat majoriti mudah

0
25
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob .

ALOR GAJAH – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerjasama antara parti politik perlu diwujudkan sekiranya tiada gabungan mana-mana parti mendapat majoriti mudah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau tidak ada satu parti yang mempunyai majoriti mudah, tentu sahaja untuk membentuk kerajaan kena ada satu kerajaan campuran. Kalau tidak ia akan menjadi Parlimen tergantung.

“Kita pun tak tahu lagi ada atau tidak parti yang akan mempolehi majoriti mudah. Tapi memang saya setuju kalau tidak ada parti yang mempunyai majoriti secara sendiri untuk membentuk kerajaan, memang kena ada kerajaan campuranlah,” katanya.

Penyandang Ahli Parlimen Bera itu bagaimanapun, meletakkan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memikirkan bentuk kerjasama yang akan dijalinkan nanti sekiranya perkara itu berlaku.

“Keputusan besar seperti ini, parti yang akan membuat keputusan. Tak boleh individu untuk membuat keputusan nak PKR ke… nak Perikatan Nasional (PN) ke… nak Pakatan Harapan (PH) ke… tak nak itu dan tak nak ini… parti akan buat keputusan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here