PRU15: BN janji top up bantuan secara automatik kepada isi rumah berpendapatan bawah RM2,208

0
172

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menawarkan insiatif untuk memasukkan atau mengkreditkan bantuan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208 dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah ‘top up’ atau tambahan pendapatan bulanan bagi memastikan semua isi rumah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya pendapatan RM2,208 sebulan.

“Skim ini adalah jalan paling adil, munasabah dan strategik. Bukan sahaja bagi menangani kos sara hidup yang sangat membebankan.

“Namun bagi memastikan tiada lagi isi rumah yang terpaksa hidup di bawah garis kemiskinan, atau dalam erti kata lain, selepas ini, insiden kemiskinan mutlak hanya akan tinggal sejarah di Malaysia,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN hari ini.

Dalam pada itu, katanya, bagi mereka yang mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan termasuk dalam kumpulan pembayar cukai antara RM50,000 hingga RM100,000 pula, BN akan memberi dua peratus potongan cukai pendapatan.

“Ini sudah pasti akan membolehkan kuasa beli golongan M40 meningkat dan mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya.

Sementara itu katanya, bagi menggalakkan wanita kembali ke alam pekerjaan setelah berehat daripada kerjaya, BN akan mengecualikan sepenuhnya cukai pendapatan iaitu sifar peratus bagi tempoh lima tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here