PRU15: Calon BN janji selesai isu kepadatan Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak dan Sungai Besi 

0
29
Calon Barisan Nasional (BN) Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen ketika sidang media di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen menegaskan akan menyelesaikan isu kepadatan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak dan Sungai Besi sekiranya terpillih sebagai calon di sini. 

Katanya, isu kesesakkan pesakit di klinik tersebut telah berlanjutan sekian lama namun tiada pihak yang tampil menyelesaikan perkara tersebut. 

“Sejak beberapa hari yang kalu saya melawat Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak. Seperti yang kita tahu klinik ini kekurangan ruang dan tempat untuk memberikan rawatan. 

“Mereka menggunakan jalan belakang dan kedai depan untuk pesakit pesakit membuat pendaftaran dan sebagainya. Setiap hari hujan dan panas pesakit pesakit ini berada dalam keadaan yang tidak selesa,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini. 

Tambahnya lagi, beliau juga mencadangkan agar menubuhkan unit pakar di Klinik Kesihatan Sungai Besi bagi membolehkan penduduk di sini menerima rawatan yang berkualiti, cekap, berkesan dan komprehensif. 

“Klinik di Sungai Besi memang banyak pesakitnya. Secara purata  memberi rawatan kepada 300 orang pesakit pada setiap hari dan sampai masa kita selesaikan masalah ini. 

Calon Barisan Nasional Bandar Tun Razak, Datuk Chew Yin Keen ketika sidang media di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

“Apa yang kurang adalah unit kepakaran. Unit ini penting supaya mereka boleh beri rawatan kepada pesakit kronik, mental, jangkitan dan penjagaan mata.

“Jika saya dipilih untuk menjadi calon di Parlimen Bandar Tun Razak, saya akan laksanakan program bagi kedua dua klinik ini dan akan mulakan kerja serta merta setelah mendapat keputusan positif di sini,” ujarnya lagi. 

Ditanya, mengenai peluang beliau untuk menang di kerusi yang sudah tiga penggal dipegang oleh Pakatan Harapan(PH) beliau berkata, setiap calon mempunyai kelebihan tersendiri. 

“Semua calon diberi peluang untuk berkhidmat untuk rakyat. Kelebihan saya adalah calon tempatan dan mereka calon luar macam mana mereka ingin tahu isu tempatan?. 

“Bagi saya yang penting pilih calon kerana calon yang berkhidmat untuk rakyat bukan parti. Calon adalah amat penting dan jika calon yang tak baik dari parti mana pun susah akhirnya rakyat yang menderita,” katanya lagi. 

Yin Keen dijangka bakal menerima saingan sengit daripada calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here