PRU15: Che Asmah yakin punya kekuatan sendiri, tekankan isu pencemaran alam sekitar di Sepang 

0
50
Ketua Pejuanita Parti Pejuang, Datin Paduka Che Asma Ibrahim Calon Pejuang/GTA Parlimen Sepang dalam satu temu bual bersama media di Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) Conezion Commercial Centre IOI Resort City, Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini, pada Jumaat .Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

SEPANG – Calon Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Sepang, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim menyifatkan dirinya mempunyai kelebihan tersendiri bertanding di kerusi ‘panas’ berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November ini.

Che Asmah yang juga Ketua Wanita GTA  dijangka bakal menerima saingan sengit daripada Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Mohd Harun yang dilihat sebagai calon yang lebih popular di kawasan itu. 

Katanya, beliau menyerahkan kepada pengundi di kawasan Sepang untuk membuat penilaian mengenai kemampuannya.

“Jadi saya kena bekerja keras untuk memperkenalkan diri,” katanya dalam satu temubual bersama pemberita di ibu pejabat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di sini pada Jumaat.

Selain itu, Che Asmah yang juga telah menetap di Sepang selama 22 tahun turut berkongsi beberapa isu yang akan beliau tekankan di kawasan itu sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat.

Ketua Pejuanita Parti Pejuang, Datin Paduka Che Asma Ibrahim Calon Pejuang/GTA Parlimen Sepang) dalam satu temu bual bersama media di Parti Pejuang Tanahair (Pejuang ) Conezion Commercial Centre IOI Resort City, Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini, pada Jumaat.Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

“Sepang satu kawasan majlis perbandaran yang agak baru dan sedang membangun. Kalau kita lihat pembangunan perumahan baru banyak dibuka di Sepang. Jadi, saya rasa ini adalah masa yang baik untuk masuk dan saya berharap dapat menyumbang kepada konsep pembangunan di sini.

“Saya mempunyai kemahiran dalam pengurusan alam sekitar. Saya lihat di Sepang perkara itu masih kita boleh rancang dengan baik dan kita patut belajar kesalahan di tempat lain.

“Saya amat berharap dapat menyumbang untuk membangunkan (Sepang) menjadi sebuah kawasan pembangunan lestari dan meraikan kampung-kampung tradisi ini. Tidak semestinya kampung tradisi ini diambil tanah mereka dan dibangunkan dengan rumah-rumah moden pencakar langit,” katanya.

Tambah Che Asmah, yang juga bekas Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, beliau turut akan melihat masalah pencemaran yang begitu ketara di Sepang seperti banjir, babi dan pembakaran secara terbuka.

“Orang semua tahu kalau banjir sahaja, Sepang salah satu kawasan berisko tinggi terutama banjir kilat, banjir sewaktu monsun dan air pasang besar. Banjir kilat khususnya berlaku berkait cara kawasan-kawasan ini dibangunkan.

“Perkara kedua ialah masalah babi di Tanjung Sepat yang tidak selesai setelah beberapa kerajaan negeri memerintah. Saya pernah terlibat dalam mengenal pasti kaedah rawatan yang terbaik untuk sistem penternakan babi itu tetapi akhirnya saya lihat tidak ada kehendak politik untuk melaksanakannya sehingga hari ini status adalah sama.

“Bagi selesaikan masalah ini, kita perlu kehendak politik daripada kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat,” katanya lagi. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here