PRU15: Cikgu Rahayu ambil peluang kekosongan ditinggalkan Noh Omar, buka peluang calon lain menang 

0
20
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tanjong Karang, Rahayu Baharin (kiri) sedang berkempen di sekitar Pekan Tanjong Karang.

TANJONG KARANG – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tanjong Karang, Rahayu Baharin merasakan dirinya berpeluang untuk memenangi kerusi di situ selepas penyandang kerusi tersebut Tan Sri Noh Omar tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November ini. 

Menurut Rahayu yang juga bakal bertanding mewakili Parti Demokratik Malaysia (Muda), semua calon yang bertanding berpeluang untuk menang di Parlimen itu. 

“Saya faham ini adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan saya rasa strategi saya adalah untuk berkempen secara beradab dan juga untuk membawa politik khidmat. Itu adalah apa yang mahu dibawa oleh parti Muda.

“Saya tahu Barisan Nasional (BN) sedang menghadapi sentimen yang ada bila Tan Sri Noh tidak bertanding di sini. Ini adalah masa untuk saya dan semua calon bekerja keras membuktikan kepada warga Tanjong Karang,”katanya ketika ditemui Malakat Tribune. 

Tambah Rahayu yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Rahayu, beliau juga akan menaikkan industri pelancongan agro dan pada masa yang sama memperkasa pendidikan penduduk tempatan.

Katanya, Tanjong Karang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan agro.

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tanjong Karang, Rahayu Baharin ditemu bual oleh Malakat Tribune ketika sedang berkempen di Pekan Tanjong Karang.

“Kalau tengok pada hujung minggu ramai orang dari Lembah Klang akan datang ke sin untuk bersiar-siar. Oleh sebab itu, adalah penting untuk menaikkan industri pelancongan agro di sini.  

“Hal ini demikian kerana, kawasan Tanjong Karang mempunyai sumber alam semula jadi yang sangat cantik seperti sungai, ladang dan juga sawah padi yang banyak.

“Penambahbaikan  mutu pendidikan yang berkualiti untuk anak Tanjong Karang juga bakal dilaksana,” katanya. 

Tambah Rahayu lagi, kempennya di Tanjong Karang berjalan dengan lancar dan memberangsangkan setakat ini dan penerimaan penduduk setempat juga adalah baik. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya menang di kerusi berkenaan, beliau juga akan memberi penambahbaikkan dari segi infrastruktur kawasan itu. 

“Jalan dan lampu jalan  juga boleh ditambah baik selain perumahan untuk golongan nelayan, pesawah dan peladang boleh diwujudkan,”ujarnya lagi. 

Dalam pada itu, beliau  juga berharap   penduduk di Tanjong Karang untuk memiih calon yang terbaik pada PRU15 akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here