PRU15: GTA bertanding 121 kerusi Parlimen

0
26
Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada Majlis Pengumuman Calon PRU15, GTA-Pejuang di Bangi Covention Centre di sini, hari ini.Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

BANGI – Gerakan Tanah Air (GTA) akan bertanding 121 kerusi Parlimen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. 

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi oleh Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA – Pejuang di Pusat Konvensyen Bangi di sini, hari ini. 

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertanding di Parlimen Langkawi manakala Mukhriz pula akan mempertahankan kerusinya di Parlimen Jerlun. 

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dan Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali (dua kanan) Parti Bumiputera Perkasa Malaysi (Putra) mengangkat sumpah ikrar aku janji pada Majlis Pengumuman Calon PRU15, GTA-Pejuang di Bangi Covention Centre di sini, hari ini.Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

Di samping  itu, turut menjadi tumpuan pelakon, Lando Zawawi atau nama sebenar, Azlan Sani Za­­wawi mengesahkan dirinya akan bertanding sebagai calon GTA di Parlimen Tanjong Karang.

Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya pula akan bertandang ke Parlimen Sungai Petani

Selain itu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, calon-calon akan diumumkan oleh pucuk pimpinan negeri masing-masing. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here