PRU15: Muhaini setia menunggu Ismail Sabri, harapkan suami menang di Bera

0
15
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin (kanan) hadir memberikan sokongan ketika penamaan calon PRU15 di Parlimen Bera, di sini, hari ini.

BERA – Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin mengharapkan suaminya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memenangi kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) November ini. 

Menurut  Muhaini, mulutnya tidak pernah lekang mendoakan perjalanan politik Ismail Sabri sentiasa dipermudahkan termasuk mencurahkan khidmat bakti kepada rakyat khususnya di Bera.

“Saya sentiasa doakan beliau dapat meneruskan cita-cita membantu rakyat di Bera. Saya sangat bersemangat untuk memberi sokongan moral kepada suami saya.

“Harapan sudah tentu saya mahu Datuk Seri Ismail Sabri berjaya memenangi kerusi Parlimen Bera untuk penggal kelima,” kata Muhaini ketika penamaan calon PRU15 di Parlimen Bera, di sini, hari ini.

Tambah Muhaini lagi, beliau sentiasa memberikan sokongan semangat terhadap suaminya itu dan berharap kerusi Parlimen itu dapat dipertahankan pada PRU15.m

Muhaini dilihat setia menemani Ismail Sabri walaupun terpaksa berdiri sejak pukul 9 pagi tanpa sebarang layanan istimewa atau protokol sehingga selesai proses penamaan calon.

Yang Hadir sama memberi sokongan kepada Perdana Menteri  ialah anak-anak beliau termasuk Datin Sabrina serta Dafi yang juga artis terkenal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here