PRU15: Nik Abduh, Che Abdulllah sah digugurkan

0
50
Nik Abduh dan Che Abdulllah sah digugurkan

KOTA BHARU – Pas sah menggugurkan penyandang bagi kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan penyandang bagi kerusi Parlimen Tumpat Che Abdullah Md Nawi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam majlis yang diadakan di Kota Bharu, malam ini.

PN Kelantan kali ini mempertaruhkan calon muka baru setiausaha politik kepada Presiden Pas iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman.

Bagi kerusi Tumpat, PN Kelantan mempertaruhkan calon wanita yang juga ADUN Demit, Mumtaz Md Nawi sebagai pengganti.

Antara calon baru yang dipertaruhkan Kelantan termasuk di Parlimen Manchang yang akan diwakili Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Jeli menampilkan , Zahari Kechik.

Sementara itu, PN Kelantan mengekalkan lapan penyandang di Parlimen Kota Bharu (Takiyuddin Hasan); Pengkalan Chepa (Ahmad Marzuk Shaary); Kubang Kerian (Tuan Ibrahim Tuan Man); Pair Mas (Ahmad Fadhli Shaari); Pasir Puteh (Nik Muhammad Zawawi Salleh); Rantau Panjang (Siti Zailah Mohd Yusoff); Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz); dan Kuala Krai (Abdul Latiff Abdul Rahman).

Selain itu, bagi Parlimen Ketereh PN Kelantan turut menampilkan calon muka baru daripada Bersatu iaitu bekas pegawai Angkatan Tentera Malaysia, Khlir Mohd Nor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here