PRU15: Noh Omar digugurkan, Khairuddin Attakiri pertahan Parlimen Kuala Nerus atas tiket BN

0
59
Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar sah tidak dicalonkan bagi mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Tempat beliau akan digantikan dengan Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang, Habibah Mohd Yusof.

Pengesahan itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebentar tadi.

Dalam pada itu penyandang kerusi Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali dan Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dipilih sebagai calon terus BN.

Kedua-dua mereka pada PRU lalu memenangi kerusi berkenaan atas tiket Pas.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, Datuk Shamshulkahar Mohd. Deli hari ini masing dicalonkan di kerusi Kuala Pilah dan Jempol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here