PRU15: Pembelajaran tanpa buku teks selaras agenda pendigitalan pendidikan

0
7

CYBERJAYA – Barisan Nasional berjanji akan melaksanakan pembelajaran tanpa buku teks selaras dengan agenda pendigitalan pendidikan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Sistem Persekolahan Tanpa Buku Teks itu akan menyaksikan pembelajran dilakukan sepenuhnya menggunakan komputer riba.

Berikutan itu juga, kata Ahmad Zahid, semua pelajar berlatar belakangkan keluarga berpendapatan rendah B40 akan menerima pemberian komputer riba percuma bagi memastikan pelan tersebut dapat dilaksanakan.

Beliau turut berkata, bagi menyokong pendigitalan pembelajaran, jaringan Internet 5G dan Wifi Awam (JIWA) akan diperkenalkan di semua sekolah dalam tempoh 18 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here