PRU15: Penyokong PH dalam dilema mahu undi KJ

0
26
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin merasmikan Klinik Saya di sini, hari ini 

SUNGAI BULOH – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa penyokong Pakatan Harapan (PH) di kawasan berkenaan dalam dilema menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Katanya, terdapat penyokong PH yang menyokong beliau sebagai calon di Parlimen Sungai Buloh, yang dianggap sebagai ‘kubu kuat’ pembangkang selepas mendapat majoriti yang tinggi dalam PRU14 lepas. 

“Penyokong pembangkang dalam dilema kerana  masih lagi menyokong PH tapi mereka juga mungkin mahu sokong saya sebagai calon Parlimen di sini” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Klinik Saya di sini, hari ini 

Tambah Khairy yang juga Menteri Kesihatan, kempen beliau di Sungai Buloh adalah berbeza jika dibandingkan dengan di Rembau dan beliau masih lagi sedang menyesuaikan diri.

“Ini adalah kawasan bandar, berbeza dengan Rembau yang sudah sebati dengan saya. Walaupun Sungai Buloh berhampiran dengan Kuala Lumpur kawasan ini masih baru bagi saya.

“Di Rembau kebanyakkan rumah terletak kawasan pedalaman dan senang untuk saya lawat dari rumah ke rumah. 

“Berbeza dengan di Sungai Buloh penduduknya ramai yang tinggal di kondominium, pangsapuri dan ada pengawal keselamatan jadi agak mencabar bagi saya. Pengguna media sosial juga ramai di sini. 

“Kempen setakat ini masih sukar dan saya masih sedang berusaha keras. Respon daripada pengundi juga agak baik ramai yang jumpa saya dan saya sudah mendapat rentak di sini bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain,” ujarnya lagi. 

Mengulas lanjut, ditanya mengenai adakah pengundi patut mengundi berdasarkan calon atau parti, Khairy berkata, pengundi sepatutnya mengundi calon yang melakukan kerja. 

“Saya rasa mereka patut pilih calon yang buat kerja dan buat kerja dengan telus, jadi saya harap mereka pilih calon yang buat kerja,” ujarnya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here