PRU15: PM bertembung dengan calon PH ketika kempen di pasar 

0
24
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) bertembung dengan dengan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Bera, Abas Awang (kiri) yang turut berkempen di lokasi sama.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan kempen beliau dengan beramah mesra dengan penduduk dan peniaga tempatan di Pasar Sehari Kerayong, di sini, pagi ini.

Ismail Sabri yang diiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guai, Datuk Sabariah Saidin mendapat

sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung dan peniaga tempatan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan penduduk tempatan di Pasar Sehari Kerayong, di sini, pagi ini.

Ketika meninjau sekitar pasar, Ismail Sabri bertembung dengan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Bera, Abas Awang yang turut berkempen di lokasi sama.

Beliau juga sempat meluangkan masa berbual dengan pencabarnya selain bertanya khabar dua lagi calon PH bagi kerusi DUN Guai Noraini Abdul Ghani dan Triang, Leong Yu Man.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan penduduk tempatan di Pasar Sehari Kerayong, di sini, pagi ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri kemudian meneruskan tinjauan dan beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di pasar sehari serta singgah di semua gerai dan bertanya khabar penjaja.

Beliau mempunyai jadual padat di Bera hari ini, termasuk menghadiri Kenduri Rakyat Bersama Komuniti Bandar Kemayan, tengah hari ini.

Selain itu, beliau akan berkunjung ke Felda Bukit Mendi, Kampung Sungai Tuang dan Kampung Mengkarak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here