PRU15: PM umum 18 dan 19 November cuti am

0
37

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri berkata, pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

“Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya di sini, petang ini

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here