PRU15: PN letak dua calon berkaliber dari Pas di Melaka 

0
26
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan menampilkan dua calon daripada Pas bagi negeri Melaka menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. 

Menurut Pas dalam satu kenyataan, dua calon yang ditampilkan itu merupakan  gandingan ulama dan profesional dan diyakini mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing yang akan mengangkat suara rakyat Melaka ke Parlimen.

“Insya-Allah, calon yang kita tampilkan dibawah PN ini bebas dari sebarang bentuk rasuah, berintegriti dan mampu memimpin Negara ini dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini. 

Tambah Pas lagi, calon tersebut merupakan Tuan Guru Zulkifli Ismail, calon Parlimen Jasin, yang memegang jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas. 

Disamping itu, beliau merupakan Pengasas Pondok Baitul Qurro’ wal Fuqoha’ yang berpusat di Payasum, Sungai Udang Melaka.

Manakala Haji Bakri Jamaluddin, calon Parlimen Tangga Batu, berpengalaman tinggi dalam bidang sektor perladangan dalam dan luar negara. 

Untuk rekod, kedua-kedua kerusi Parlimen berkenaan telah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU14 yang lalu. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here