PRU15: Rakyat bakal terima pelbagai manfaat sekiranya BN menang – Perdana Menteri

0
4
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob .

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan pelbagai perancangan yang 
memanfaatkan rakyat akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Ismail Sabri yang juga calon BN Parlimen Bera berkata, sebelum ini dalam masa setahun empat bulan, kerajaan berjaya membawa rakyat keluar daripada pandemik Covid-19.

“Kita mempunyai masa setahun empat bulan, waktu amat singkat dan ketika saya mengambil alih, isu terbesar adalah nyawa manusia.

“Kita berdepan 24,000 kes positif Covid-19, kita berdepan beratus kematian harian dan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital hampir lumpuh, jadi fokus kita peringkat awal isu Covid-19. Sektor ekonomi semua ditutup, kita nak buka semula,” katanya dalam sidang akhbar selepas program ramah mesra bersama penduduk Bandar 32 di sini hari ini.

Tambah Ismail lagi, kerajaan juga berjaya menurunkan kes Covid-19 sehingga semua sektor dibuka dan rakyat dapat hidup seperti biasa semula.

“Kita berjaya turunkan Covid-19 sehingga semua sektor dibuka rakyat hidup seperti biasa tapi kita hanya ada satu tahun empat bulan,” katanya lagi.

Ismail Sabri berkata, jika diberikan mandat pada PRU15 ini, beliau berjanji lebih banyak perancangan untuk rakyat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here