PRU15: Syed Saddiq pertahankan Muar

0
13

CYBERJAYA – Penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pencalonan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu diumumkan oleh Timbalan Presiden, Amira Aisya di Muar, Johor sebentar tadi.

Kerusi Muar pada PRU15 akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru, dengan Barisan Nasional (BN) menamakan Helmy Abd Latif, diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin.

Syed Saddiq memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 6,953 undi.

Ketika itu, beliau bertanding di atas tiket parti Bersatu.

Minggu lalu, Muda mengumumkan tiga calon yang akan bertanding di kubu kuat BN, iaitu Danial Abd Majeed (Kepala Batas), Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang) dan Lim Wei Jiet (Tanjung Piai).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here