PRU15: Tok Pa tarik diri atas faktor kesihatan

0
20

JELI – Penyandang kerusi Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan penarikan dirinya dari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mustapa, yang lebih dikenali sebagai Tok Pa dalam satu kenyataan berkata, penarikan diri itu atas faktor kesihatan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, penarikan diri itu sudah sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya merakamkan penghargaan kepada rakyat Jeli, parti dan kerajaan kerana memberikan kepercayaan kepada saya berada dalam kerajaan dan mewakili Parlimen Jeli sejak dari tahun 1995,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) itu merupakan individu bertanggungjawab membawa perubahan di Jeli dan meningkatkan sosioeknomi penduduk Jeli.

PN Kelantan dijadualkan mengumumkan senarai nama calon yang akan bertanding pada PRU15 di negeri ini malam ini.

Untuk rekod, Tok Pa sudah menduduki kerusi Jeli sejak tahun 1995.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here