PRU15: Zahid Hamidi ulangi pendirian BN lantik 3 TPM termasuk dari Sabah, Sarawak

0
17
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK – Barisan Nasional (BN) mengulangi komitmen untuk melantik tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) khususnya di Sabah dan Sarawak jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan, esok.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen itu diberikan sebagai azam BN untuk mengangkat martabat Sabah dan Sarawak.

“Kami berjanji untuk membuka ruang jawatan TPM kepada tokoh bagi Sabah dan Sarawak selain tokoh dari Semenanjung. Ini menunjukkan kesungguhan BN dalam memartabatkan wilayah Sabah dan Sarawak di negara ini,” katanya dalam perutusan khas PRU15 hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga merupakan penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk juga berjanji BN akan menghidupkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara itu, Ahmad Zahid turut merayu dan menyeru kepada semua pengundi untuk mengundi calon parti itu esok.

“Saya merayu, menyeru dan mengajak pengundi di seluruh negara saksikanlah kita akan melakar kejayaan, marilah kita bersama-sama memikul amanah dan tanggungjawab demi Malaysia yang stabil dan makmur,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here