QM bantu orang ramai simpan emas bernilai RM80,000 dengan modal serendah RM50

0
16
Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim.

CYBERJAYA – Dengan hanya bermodalkan RM50 kini orang ramai boleh mempunyai simpanan emas sebanyak RM80,000 dengan menggunakan saluran Quantum Metal (QM) sebagai mekanisme pelaburan emas.

Menurut Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim, dengan menggunakan data harga emas sejak 20 tahun lepas, kenaikkan harga emas adalah sebanyak 540 peratus.

“Dengan berpandukan pelan simulasi simpanan emas selama 20 tahun kita boleh menyimpan emas sebanyak RM333 dengan modal hanya RM50 sebulan.

“Dalam tempoh 20 tahun, nilai belian emas adalah sebanyak RM80,000 dengan modal sebenar hanya RM 12,000,” katanya dalam satu siaran lansung hari ini.

Mengulas lanjut, kata Fadzil yang lebih dikenali dengan panggilan Coach Fadzil, simulasi tersebut hanya mengambil kira kenaikkan harga emas sebanyak 10 peratus.

“Jika dibandingkan dengan fakta dan data sebenar, kenaikkan harga emas sejak 20 tahun yang lalu adalah sebanyak 540 peratus, kenaikkan 27 peratus setahun,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Coach Fadzil mempelawa orang ramai untuk menggunakan QM yang dapat memudahkan orang ramai dalam aktiviti pelaburan bersandarkan emas.

Katanya, pelaburan emas dengan menggunakan QM mempunyai pelbagai kebaikkan dari sudut keuntungan yang bakal diperoleh.

“Contoh kita beli emas modal RM150 sebulan dan selama 30 tahun simpanan kita akan jadi RM54 ribu.

“Dengan jumlah modal yang sama, sekiranya harga emas naik 2 kali ganda kita hanya akan dapat RM108 ribu manakala jika menggunakan QM kita boleh dapat RM360 ribu bila harga emas naik dua kali ganda,”katanya.

Selain itu, Coach Fadzil yang juga Pengasas Malakat Mall berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 72 peratus rakyat malaysia tiada aset kewangan.

“Kalau kita tengok statistik orang Malaysia 72 peratus tiada aset kewangan. Hal ini adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan yang tidak betul.

“Secara umumnya tempoh pelaburan emas yang baik adalah selama lima tahun dalam QM dan yang paling utama sekali dalam kita menggunakan modal sementara iaitu gaji kita dan perbelanjaan bulanan kita,” ujarnya lagi.

Selain itu, Coach Fadzil berkata, cas yang dikenakan untuk menggunakan fasiliti QM adalah hanya 3.5 peratus sahaja yang merangkumi yuran Tawarruq.

“Kalau di Ar-Rahnu kita dikenakan cas sebanyak 1 peratus sebulan dan 12 peratus setahun, jauh lebih tinggi berbanding di QM yang hanya mengenakan cas sebanyak 3.5 peratus sahaja,” katanya.

Terdahulu, Bann Dunia mencatatkan rekod pembelian emas tertinggi tahun ini sejak 55 tahun lepas dengan pembelian sebanyak 700 tan emas.

Majlis Emas Dunia (WGC) berkata, berdasarkan Kajian Rizab Emas Bank Pusat 2021, 52 peratus daripada 56 bank pusat yang memberi maklum balas percaya mereka akan menambah lebih banyak emas pada tahun 2022 dan ternyata kajian tersebut tepat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here