Radzi Jidin terima pengiktirafan sebagai felo CPA Australia

0
15
Radzi dan isteri ketika dalam rangka kempennya di Putrajaya, hari ini.

CYBERJAYA – Calon Perikatan Nasional (PN) Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkongsikan kegembiraannya kerana berjaya diiktiraf sebagai felo Certified Practising Accountant (CPA Australia.

Beliau yang kini sedang sibuk berkempen menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), berkongsi berita baik itu menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

“Dalam kesibukan berkempen, pagi ini mendapat berita yang menggembirakan daripada CPA (Australia).

“Saya telah diiktiraf sebagai felo, CPA (Australia),” kata Radzi dalam hantaran itu.

Beliau berkata, beliau amat bersyukur kerana sentiasa menerima sokongan daripada isteri dan anak-anak.

“Tunggang terbalik juga nak mencari keseimbangan antara semua tugasan dan tanggungjawab. Itu belum masuk lagi sebagai ketua keluarga. Syukur, isteri dan anak-anak juga memahami dan sentiasa memberi sokongan.

“Alah bisa tegal biasa! Apabila kita senantiasa latih diri kita untuk bekerja keras, InsyaAllah akan ada jalan dan laluan untuk kita terus maju ke hadapan,” katanya lagi.

Beliau turut menitipkan pesan kepada semua anak muda supaya jangan berhenti berusaha.

“Kepada anak-anak dan orang muda, tetapkan sasaran, fokus, ikhtiar yang terbaik, kalau jatuh, bangun balik, jatuh lagi bagun lagi, sehingga sasaran tercapai,” katanya lagi.

CPA merupakan pengiktirafan sebagai Akauntan Awam Bertauliah yang diberikan kepada individu yang berjaya memenuhi kriteria ditetapkan dan lulus peperiksaan CPA.

Pengiktirafan Felo CPA pula diberikan kepada individu yang telah mempamerkan sifat kepimpinan dan berkhidmat dengan cemerlang dalam kerjayanya dan kepada pihak awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here