Rafizi dakwa kerajaan ‘caretaker’ dalam proses luluskan tender bernilai RM2 bilion secara rundingan terus

0
21

PETALING JAYA – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa menerima maklumat dalaman bahawa kerajaan ‘caretaker’ sedang dalam proses meluluskan sebuah tender secara rundingan terus bernilai RM2 bilion.

Kata Rafizi, pemberian kelulusan tersebut melanggar prosedur Perbendaharaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

“Maklumat yang saya perolehi setakat ini menunjukkan ada satu projek yang kini sedang diusahakan untuk diberi kelulusan segera secara rundingan terus walaupun dalam tempoh ‘caretaker government’,” kata Rafizi dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR, hari ini.

Beliau menjelaskan projek yang dimaksudkan melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di bawah menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dan berkaitan kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2.

“Penganugerahan projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus semasa fungsi ‘caretaker government’ adalah satu perkara yang perlu dijawab segera oleh menterinya.

“Jika benar perkara ini tidak akan diteruskan, menterinya wajar membuat kenyataan terbuka bahawa projek ini tidak akan dianugerahkan secara rundingan terus dan sebarang keputusan hendaklah dibuat oleh kerajaan yang baru,” kata Rafizi lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here