Safee Sali ‘korban’ Piala Malaysia demi Perdana Menteri 

0
20
Bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee Sali.

BERA – Bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee Sali terpaksa melepaskan peluang beraksi bersama Kuala Lumpur (KL) City Fc dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia atas sebab urusan kerja di sini, semalam. 

Katanya, beliau terpaksa menghadiri program kempen bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selain menjadi duta bagi program Santai E-Sports bersama Ismail Sabri. 

“Saya masih bermain dengan KL City dan sebenarnya ada perlawanan dengan Terengganu malam ini suku akhir Piala Malaysia. 

“Saya tak dapat pergi bersama pasukan, saya  datang ke Bera  untuk membantu PM kita di sini,” katanya kepada Malakat Tribune ketika ditemui di sini, semalam. 

Tambahnya lagi, beliau mendoakan perdana menteri menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan akan berlansung dalam enam hari lagi. 

“Saya mengikuti kempen PM hari ini selama satu hari di Bera saya mendoakan PM kita berjaya di kawasan ini. 

“Saya tengok ramai anak muda dan juga generasi lama menyokong dan tetap bersama PM kita dan itu adalah petanda yang baik,” ujarnya lagi. 

Ditanya mengenai program e-sports dan kolaborasi antara beliau dengan pasukan e-sports terkenal yang dikenali dengan nama 

Haq, beliau berkata, sukan tersebut sedang berkembang pesat dan telah menjadi duta bagi pasukan itu sejak tahun 2020. 

“E-Sports sukan yang sedang berkembang dengan besar di luar dan dalam negara bangak pasukan yang sedang meningkat naik jadi saya tidak mahu ketinggalan dalam

membantu merancakkan lagi sukan ini. 

“Saya dengan pasukan Haq  dah lama dan menjadi duta bagi pasukan ini dan kami bermula pada tahun 2020 dan saya sentiasa beri sokongan untuk pasukan Haq,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here