Saya ditinggal begitu saja, hanya tinggal dua kerusi masa itu – KJ

0
38
Khairy Jamaluddin

SUNGAI BULOH – Calon Parlimen Sungai Buloh dari Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau yang meminta untuk bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Free Malaysia Today, Khairy memaklumkan, beliau telah menunggu isyarat daripada pucuk pimpinan parti mengenai di mana akan bertanding, namun tidak mendengar apa-apa daripada mereka, justeru beliau memutuskan mengambil inisiatif sendiri.

“Saya ditinggal begitu saja. Saya tahu kena keluar dari kawasan Rembau jadi pada waktu itu saya tiada pilihan, saya ambil inisiatif sendiri.

“Jadi, saya mengambil inisiatif untuk (berjumpa) dengan Noh Omar (pengerusi BN Selangor) dan Vicky (Presiden MIC SA Vigneswaran).

“Tiada banyak kerusi (Parlimen), hanya dua tiga yang tinggal ketika itu. Jadi saya kata, tak apalah saya pilih Sungai Buloh. Bukannya dari awal saya pilih (untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh),” katanya pada sidang media.

Khairy pada masa sama mendakwa, beliau bukan ahli parti kesayangan kepada Ahmad Zahid dengan mendakwa dirinya mungkin bukan menjadi pilihan calon Parlimen Bagan Datuk itu.

“Saya bukan orang kegemaran presiden kerana saya bukan ‘yes man’,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid mendedahkan Khairy yang juga bekas Parlimen Rembau yang meminta untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh.

Jelasnya, tiada siapa memaksa atau mendesak Menteri Kesihatan itu bertanding di kawasan berkenaan.

“KJ yang minta diberikan peluang bertanding di sana dan saya tunaikan permintaannya,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Bilik Gerakan Pilihan Raya Titiwangsa, pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here