SD lebih 112 ahli Parlimen sokong Muhyiddin sebagai PM diserah kepada Agong

0
61
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan surat akuan berkanun (SD) daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, jumlah surat akuan yang dihantar itu adalah melebihi 112.

“Jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here