Serang pemandu ambulans, 3 lelaki ditahan polis

0
238
Tangkap layar video sekumpulan individu menyerang petugas kesihatan di sebuah pasar raya di Kuala Selangor semalam.

KUALA SELANGOR – Polis menahan tiga lelaki termasuk remaja kerana menyerang pemandu ambulans yang sedang membawa seorang pesakit wanita di sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 35 tahun ditahan pada jam 11 malam di sekitar daerah ini.

Beliau berkata, penahanan dibuat susulan laporan dibuat Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tanjong Karang berusia 27 tahun.

“Pada jam 8.40 malam tadi, pengadu menerima panggilan berhubung seorang wanita yang cedera di sebuah pasar raya.

“Pada jam 9 malam, pengadu tiba di lokasi dan ketika dalam perjalanan membawa pesakit ke ambulans, didapati ada pihak yang menyerang pemandu ambulans,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ramli berkata, susulan laporan itu polis menahan tiga lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.

“Punca kecederaan wanita dan punca kejadian masih dalam siasatan. Permohonan reman terhadap kesemua suspek dibuat pagi ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 32 saat memaparkan petugas kesihatan yang dihalang ketika membawa seorang pesakit yang cedera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here