Sidang khas Raja-Raja Melayu esok

0
13

KUALA LUMPUR – Raja-Raja Melayu akan mengadakan sidang khas esok berkenaan kemelut pembentukan kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

Sidang tersebut diadakan bagi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu berhubung pembentukan kerajaan baharu.

Istana Negara dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, Seri Paduka telah menitah perkenan menganjurkan sidang khas itu, esok.

“Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini bertujuan untuk Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat,” katanya.

Seri Paduka turut menyeru seluruh rakyat dan semua pihak untuk terus beristiqamah dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu selesai.

“Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat dan teliti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here