Sokongan meningkat, PN yakin bentuk kerajaan

0
16
Calon Perikatan Nasional (PN) Kerusi Gombak, Datuk Seri Azmin Ali ramah mesra bersama penduduk Sungai Tua Baharu di Masjid Jamiatus Solahiah Gombak di sini, hari ini. Malakat Tribune/Mim Fadlizal Rozaiman

GOMBAK – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin Perikatan Nasional (PN) akan memenangi dua pertiga daripada kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU-15).

Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada sokongan yang semakin meningkat termasuk dalam kalangan penyokong Barisan Nasional (BN) yang mula beralih arah.

“Tidak ada yang mustahil untuk kita memperoleh 112 kerusi malah mungkin lebih lagi untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang mutlak.

“Sudah tentulah PN nak lebih daripada 112 kerusi tetapi (buat masa ini) kami yakin dapat minumum 112, pengundi sekarang sudah cukup matang untuk memilih parti mana yang lebih prihatin dan bersih,” katanya kepada pemberita pada Program PASTI Gombak Fun Run 2022 di Taman Melawati, hari ini.

Azmin berkata, sokongan kepada PN meningkat dengan ketara atas kepercayaan yang dibuktikan sebagai kerajaan yang prihatin terutama sepanjang pandemik Covid-19.

“Rakyat dapat menilai ketika seluruh negara berdepan pandemik Covid-19 di mana kerajaan Perikatan Nasional-lah yang menyelamatkan mereka. Oleh itu, kami yakin mendapat sokongan rakyat dan memenangi sejumlah besar kerusi,” katanya.

Selain itu, beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gombak berkata, rakyat termasuk pengundi muda sudah cukup matang untuk menilai dan memilih pemimpin yang bebas dari amalan rasuah dan berkebolehan.

“Apa pun pertimbangan anak-anak muda yang mengundi kali pertama, parti (PN) telah memenuhi kriteria tersebut. Contohnya apabila kita menawarkan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil.

“Dalam manifesto dan PNBest, kita telah mengemukakan calon-calon yang tidak terpalit dengan amalan rasuah tapi malangnya kerajaan lain yang ingin membentuk kerajaan tapi mengemukakan calon-calon yang berulang alik ke mahkamah.

“Bagaimana mungkin mereka mampu menyakinkan anak muda mereka mampu membentuk kerajaan yang stabil,” katanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here