SPR bermesyuarat Jumaat tetapkan tarikh penting berkenaan kerusi Parlimen Padang Serai

0
20
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat bagi penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai.

Setiausaha Agung SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat itu susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya yang meninggal dunia di Hospital Kulim hari ini dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Mendiang adalah penyandang kerusi Parlimen Padang Serai yang dimenanginya buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 18 November 2022 (Jumaat) bagi membincangkan penetapan tarikh-tarikh penting untuk urusan PRU Ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai.

“Satu kenyataan media akan dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

SPR juga telah menerima Writ Pilihan Raya yang dipulangkan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan menyatakan fakta berkaitan kematian calon PH itu.

Sementara itu, SPR turut mengumumkan akan menambah satu peti undi lagi di 12 kawasan pada PRU15 disebabkan jumlah calon yang bertanding adalah lebih daripada tujuh orang.

“Penambahan satu peti undi ini di setiap saluran adalah perlu setelah mengambil kira saiz kertas undi yang disediakan adalah lebih besar dan memerlukan ruang yang mencukupi untuk memuatkan semua kertas undi yang telah ditanda oleh pengundi pada Hari Mengundi kelak,” demikan menurut Ikmalrudin.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Parlimen Alor Setar, Sungai Siput, Ampang, Bangi, Sungai Buloh serta Kapar.

Empat lagi adalah Parlimen Klang, Kota Raja, Sepang dan Parlimen Batu yang mempunyai calon teramai iaitu 10 orang calon.

Dua lagi ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang di Perak dan Pilihan Raya Kecil Bugaya di Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here