SPRM siasat surat akujanji Zahid sebagai PM

0
28
Tan Sri Azam Baki

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan untuk meneliti surat ikrar yang dikatakan menyokong Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu.

“Kami telah menerima aduan mengenai surat tersebut dan dakwaan itu.

“SPRM akan membuka kertas siasatan supaya perkara itu dapat diteliti,” katanya kepada The Star hari ini.

Azam berkata siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa.

Ditanya sama ada pihaknya memanggil individu tertentu bagi memberikan keterangan, Azam tidak menolak kemungkinan itu.

“Biar pegawai saya yang tentukan siapa yang perlu dihubungi. Mereka akan berbuat demikian selepas melihat dokumen yang telah diserahkan kepada mereka,” katanya.

Semalam tular surat akuan bersumpah Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang kononnya perlu menyokong Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun calon BN Parlimen Lenggong itu menafikan mengenai surat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here